Wednesday, October 5, 2011

TEMPAHAN KARIKATUR


TEMPAHAN LUKIS KARIKATUR

Berminat nak lukis karikatur? Maksud gua bukan korang yang lukis tapi gua yang lukiskan karikatur korang. Gua menawarkan perkhidmatan melukis karikatur BERBAYAR pada semua yang berminat. Lukisan cara MANUAL sepenuhnya menggunakan warna air, BUKAN cara digital. Tak kisah la atas apa niat atau tujuan korang menempah karikatur – untuk diri atau untuk orang lain, gua sedia menerima tempahan.
Sila tengok karikatur Rock Star yang gua lukis dan tampal kat sini untuk keyakinan, kepercayaan dan hasil karikatur yang korang akan dapat bila menempah. Semua ni menggunakan warna air. Jangan tanya, “ eh, tak guna arkilik, cat minyak, warna pensil ke?” TIDAK! Gua hanya menggunakan warna air sahaja. Tapi kalau nak diwarnakan secara digitalpun boleh ( lukis manual, warna digital ). Tapi keutamaan adalah MANUAL.

Sertakan photo yang nak dikarikaturkan. Sebaiknya dalam resolution yang besar. Jangan la bagi gambar yang kecik! Tak nak gambar tegak keras cam kat MyKad korang yang tak ada perasaan! Bagi la photo yang ada mimik muka seperti tersengeh, senyum, ketawa, menjerit, terkejut. Ni kan karikatur, mesti la ada aksi!

Bagi tahu sekali aksi yang korang nak seperti menyepak bola, menyepak itik, melompat, pegang joran pancing, panjat bukit, naik belakang harimau atau dengan kostum superhero atau super penyangak pujaan hati korang – Batman, Bane, Superman, The Joker, Spiderman, Green Goblin, Iron Man, Venom, The Flash, The Punisher, King Pin, Wonder Woman, Spawn, Magneto, Poison Ivy, Mr. Freeze, Cat Woman, Mistique, Wolferine, Tarzan, Lobo, Conan, pakai jersi bola Skuad kebangsaan atau apa saja yang tak mengaibkan diri!

Sekiranya ada gambar aksi yang dikehendaki seperti Batman sedang begayut kat tiang elektrik, sertakan sama dengan photo korang yang nak dikarikaturkan. Boleh faham? Kalau tak, boleh nyatakan saja arahan begini :

- gua nak karikatur gua sedang menorah getah
- buat gua sedang menyepak itik serati
- gua dalam kostum Superman seluar dalam kat luar
- gua sedang belagak dalam kereta F1*
- gua dan awek gua sedang belagak atas motor Harley Davidson/Chooper*
- gua jadi angkasawan
- gua adalah pahlawan Jedi
- yang lelaki kostum Indiana Jones dan awek plak sebagai Lara Croft
- lelaki seperti Hang Tuah, awek plak sebagai Tun Teja
- buat gua belagak tak ingat sambil pikul gitar ( elektrik/akustik )
- karikatur gua sedang goreng gitar ( elektrik/akustik )

*bayaran tambahan dikenakan untuk kenderaan

Lagi sekali gua bagi ingat, amaran dan last warning yang pertama, gua melukis karikatur menggunakan warna air MANUAL SEPENUHNYA. Tak ada touch up dengan photoshop langsung! Lukisan asli akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos ekspres kepada korang. Hanya lukisan yang dihantar. Nak frame, nak bungkus, nak lipat atau nak buat apapun, ikut suka korang la lepas tu. Karikatur akan dilukis di atas kertas lukisan putih berkualiti seberat 300g yang bersaiz antara 25.01cm x 34.08cm.

BERAPA BAYARAN? _ HARGA PROMOSI
Setiap SEORANG/SATU karikatur, bayarannya adalah sebanyak RM150.00. Untuk DUA ORANG pula sebanyak RM180.00
Giler mahal! Kenapa mahal sangat? Nak tau kenapa. Kerana:

1- Dilukis ekslusif oleh kartunis GAYOUR
2- Dilukis secara MANUAL sepenuhnya
3- Ia jadi sangat ekslusif. Hanya ada satu yang asli dan tiada salinan
4- Baru la gua boleh kaya. HAR! HAR! HARR!



Sekiranya nak lebih dari dua orang seperti karikatur encik Amreel dengan karakter Bersama Selamanya kat atas atau... ( lukisan manual, warna digital )

... dalam satu team bola sepak macam karikatur ni, harganya mesti la lebih
( lukisan manual, warna digital )


Setiap karikatur akan mengambil masa selama TIGA minggu untuk siap dan penghantaran. Pembayaran dibuat secara bank-in terus dalam akaun bank yang akan diberi sekiranya telah bersetuju membuat tempahan. Takkan karikatur warna je, hitam putih tak ada ke? Ada. Sila tengok lakaran pensil ( hitam putih ) karikatur rock star kat bawah. Rock Star lagi. Yeah! Ni la kerja gua bila ada kelapangan lepas habis deathline sambil duduk sengeh-sengeh, lukis karikatur rock star atau apa saja dalam buku lakaran. Harga untuk karikatur lakaran hitam putih tak sama dengan yang berwarna. Sila emel pada gua untuk harga.

Karikatur Mr. Ronnie James Dio ni adalah karikatur mesra pelanggan yang disukai oleh rakyat Malaysia dan asia. Tak melampau atau lebih-lebih.

Mr. Rob ni agak 'lebih' sikit . Tapi masih mesra pengguna. Karikatur begini sangat disukai di Eropah dan Amerika.

Sama gak dengan karikatur encik Slash ni. Kepala besar, badan kecik.



Sekiranya berminat, sila hubungi gua melalui emel – gayouriot@gmail.com

Terima kasih

MARI MEMAHAMI SEDIKIT PASAL KARIKATUR

Permintaan untuk tempahan melukis karikatur makin tinggi sekarang terutama di negara-negara maju, termasuk di negara kita. Ramai yang dah tahu dan faham mengenai karikatur tapi masih ramai yang tak tahu pasal karikatur. Masih ramai yang beranggapan dan keliru antara karikatur dan potret. Kedua ni memang banyak beza dan tak sama! Bila orang tak berilmu pasal karikatur tempah karikatur dan tengok hasilnya akan terus bekerut dahi dan komplin,” Eh! Kenapa mata saya besar, kenapa hidung saya tajam, kenapa kepala saya besar, kenapa badan saya kecik. Kenapa jadi cam tu, kenapa buat cam ni… kenapaaaaaaaa? ARGHHHHH! Senang faham:

- POTRET dilukis menyamai hampir 100% dengan orang yang dilukis.
- KARIKATUR pula melebih-lebih atau mengkartunkan wajah asal.

Ni adalah lakaran POTRET

Ni plak setelah diKARIKATURkan. Ni la karikatur mesra pelanggan yang gua maksudkan. Jangan lebih-lebih. Kalau boleh bagi lagi cantik cun melecun dari keadaan sebenar.

APA KARIKATUR TU?

Karikatur adalah gambaran yang menampilkan kembali suatu objek manusia dengan cara melebih-lebihkan ciri khas objek tersebut seperti kepala yang besar, hidung besar, telinga lebar, dagu panjang, bibir tebal, badan kecil dan sebagainya yang masih mengekalkan personaliti orang yang dilukis. Karikatur berasal dari perkataan Itali, caricare yang bermaksud memberi muatan atau melebih-lebihkan. Karikatur selalu digambarkan untuk menimbulkan kelucuan, walaupun kadang kala agak sinis. Karikatur juga digunakan untuk menonjolkan watak orang yang digambarkan. Golongan yang sering menjadi objek karikatur adalah orang-orang terkenal seperti ahli politik, ahli sukan, artis, tokoh koprat, tokoh agama dan sebagainya. Orang yang melukis karikatur dikenali sebagai KARIKATURIS

Karikatur adalah seni visual yang berbeza dari seni kartun, kerana karikatur tidak membentuk cerita sebagaimana kartun. Ia hanya objek karikatur itu sahaja. Namun demikian, dalam kartun terdapatnya karikatur, seperti ruangan kartun editorial dalam suratkhabar atau majalah. Karikatur dalam kartun hanya merupakan elemen yang digunakan untuk memperjelas mesej yang ingin disampaikan oleh KARTUNIS.

mistaken identity 2011