TEMPAHAN LUKIS KARIKATUR
Berminat nak lukis karikatur? Maksud gua bukan korang yang lukis tapi gua yang lukiskan karikatur korang. Gua menawarkan perkhidmatan melukis karikatur BERBAYAR pada semua yang berminat. Lukisan cara MANUAL sepenuhnya menggunakan warna air, BUKAN cara digital. Tak kisah la atas apa niat atau tujuan korang menempah karikatur – untuk diri atau untuk orang lain, gua sedia menerima tempahan.
Berminat nak lukis karikatur? Maksud gua bukan korang yang lukis tapi gua yang lukiskan karikatur korang. Gua menawarkan perkhidmatan melukis karikatur BERBAYAR pada semua yang berminat. Lukisan cara MANUAL sepenuhnya menggunakan warna air, BUKAN cara digital. Tak kisah la atas apa niat atau tujuan korang menempah karikatur – untuk diri atau untuk orang lain, gua sedia menerima tempahan.
Sila tengok karikatur Rock Star yang gua lukis dan tampal kat sini untuk keyakinan, kepercayaan dan hasil karikatur yang korang akan dapat bila menempah. Semua ni menggunakan warna air. Jangan tanya, “ eh, tak guna arkilik, cat minyak, warna pensil ke?” TIDAK! Gua hanya menggunakan warna air sahaja. Tapi kalau nak diwarnakan secara digitalpun boleh ( lukis manual, warna digital ). Tapi keutamaan adalah MANUAL.



- gua nak karikatur gua sedang menorah getah
- buat gua sedang menyepak itik serati
- gua dalam kostum Superman seluar dalam kat luar
- gua sedang belagak dalam kereta F1*
- gua dan awek gua sedang belagak atas motor Harley Davidson/Chooper*
- gua jadi angkasawan
- gua adalah pahlawan Jedi
- yang lelaki kostum Indiana Jones dan awek plak sebagai Lara Croft
- lelaki seperti Hang Tuah, awek plak sebagai Tun Teja
- buat gua belagak tak ingat sambil pikul gitar ( elektrik/akustik )
- karikatur gua sedang goreng gitar ( elektrik/akustik )
- buat gua sedang menyepak itik serati
- gua dalam kostum Superman seluar dalam kat luar
- gua sedang belagak dalam kereta F1*
- gua dan awek gua sedang belagak atas motor Harley Davidson/Chooper*
- gua jadi angkasawan
- gua adalah pahlawan Jedi
- yang lelaki kostum Indiana Jones dan awek plak sebagai Lara Croft
- lelaki seperti Hang Tuah, awek plak sebagai Tun Teja
- buat gua belagak tak ingat sambil pikul gitar ( elektrik/akustik )
- karikatur gua sedang goreng gitar ( elektrik/akustik )


Setiap SEORANG/SATU karikatur, bayarannya adalah sebanyak RM150.00. Untuk DUA ORANG pula sebanyak RM180.00 Giler mahal! Kenapa mahal sangat? Nak tau kenapa. Kerana:

1- Dilukis ekslusif oleh kartunis GAYOUR
2- Dilukis secara MANUAL sepenuhnya
3- Ia jadi sangat ekslusif. Hanya ada satu yang asli dan tiada salinan
4- Baru la gua boleh kaya. HAR! HAR! HARR!
2- Dilukis secara MANUAL sepenuhnya
3- Ia jadi sangat ekslusif. Hanya ada satu yang asli dan tiada salinan
4- Baru la gua boleh kaya. HAR! HAR! HARR!




( lukisan manual, warna digital )
Setiap karikatur akan mengambil masa selama TIGA minggu untuk siap dan penghantaran. Pembayaran dibuat secara bank-in terus dalam akaun bank yang akan diberi sekiranya telah bersetuju membuat tempahan. Takkan karikatur warna je, hitam putih tak ada ke? Ada. Sila tengok lakaran pensil ( hitam putih ) karikatur rock star kat bawah. Rock Star lagi. Yeah! Ni la kerja gua bila ada kelapangan lepas habis deathline sambil duduk sengeh-sengeh, lukis karikatur rock star atau apa saja dalam buku lakaran. Harga untuk karikatur lakaran hitam putih tak sama dengan yang berwarna. Sila emel pada gua untuk harga.





Terima kasih
MARI MEMAHAMI SEDIKIT PASAL KARIKATUR
Permintaan untuk tempahan melukis karikatur makin tinggi sekarang terutama di negara-negara maju, termasuk di negara kita. Ramai yang dah tahu dan faham mengenai karikatur tapi masih ramai yang tak tahu pasal karikatur. Masih ramai yang beranggapan dan keliru antara karikatur dan potret. Kedua ni memang banyak beza dan tak sama! Bila orang tak berilmu pasal karikatur tempah karikatur dan tengok hasilnya akan terus bekerut dahi dan komplin,” Eh! Kenapa mata saya besar, kenapa hidung saya tajam, kenapa kepala saya besar, kenapa badan saya kecik. Kenapa jadi cam tu, kenapa buat cam ni… kenapaaaaaaaa? ARGHHHHH! Senang faham:
- POTRET dilukis menyamai hampir 100% dengan orang yang dilukis.
- KARIKATUR pula melebih-lebih atau mengkartunkan wajah asal.


APA KARIKATUR TU?
Karikatur adalah gambaran yang menampilkan kembali suatu objek manusia dengan cara melebih-lebihkan ciri khas objek tersebut seperti kepala yang besar, hidung besar, telinga lebar, dagu panjang, bibir tebal, badan kecil dan sebagainya yang masih mengekalkan personaliti orang yang dilukis. Karikatur berasal dari perkataan Itali, caricare yang bermaksud memberi muatan atau melebih-lebihkan. Karikatur selalu digambarkan untuk menimbulkan kelucuan, walaupun kadang kala agak sinis. Karikatur juga digunakan untuk menonjolkan watak orang yang digambarkan. Golongan yang sering menjadi objek karikatur adalah orang-orang terkenal seperti ahli politik, ahli sukan, artis, tokoh koprat, tokoh agama dan sebagainya. Orang yang melukis karikatur dikenali sebagai KARIKATURIS
Karikatur adalah seni visual yang berbeza dari seni kartun, kerana karikatur tidak membentuk cerita sebagaimana kartun. Ia hanya objek karikatur itu sahaja. Namun demikian, dalam kartun terdapatnya karikatur, seperti ruangan kartun editorial dalam suratkhabar atau majalah. Karikatur dalam kartun hanya merupakan elemen yang digunakan untuk memperjelas mesej yang ingin disampaikan oleh KARTUNIS.
mistaken identity 2011
wa macam berminat. nak carik gambar yg ok dulu. tungguuuuu. wa share post ni dekat fesbuk.
ReplyDeletehish! ni yg nk kluorkan duwet asb ni hahahahahaha!
ReplyDeleteyang terbaik dari yang terbaik... good job bro..
ReplyDeletelakaran hitam putih....berapa rm??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletefaiz rahman
ReplyDeleteterima kasih kerana berminat. ya, cari gambo2 klasik zaman purba dulu. heh!
yob aidil
adet asb? tak payah la bro. simpan trus la untuk masa depan. heh!
wada-ami
ReplyDeleteblum baik sepenuhnya. ada lagi lebih terer dan hebat dari gua.
rockarena
sial emel pada gua untuk pertanyaan harga ya bro. tq. gayouriot@gmail.com
aku pun nak tanya berapa harga karikatur untuk versi hitam putih haha
ReplyDeleteadi herman
ReplyDeleteemel pada gua untuk harga hitam putih. bagi tau sekali berapa orang nak dilukis.
tq
gayouriot@gmail.com
*bayaran tambahan dikenakan untuk kenderaan
ReplyDeleteaiseh.. baru berangan nak posing sebelah olskool hehe...
abah
ReplyDeletetempahan adalah karikatur tapi bila nak lebih cool betenggek atas harley, kena la bayar lebih beb!
Assalam..Gayour ,eden memang minat kek ekau dari zaman majalah humor,gelihati ,gila2 jap jekan,majalah ujang,apo dan g3...den minat dokek Thrash Metal pun salah seorangnya sbb ekau..ingat tak kat Gelihati ekau tulis nma Band2 Thrash yg kocik2 tu..eden siap cari band2 tu..sebab aku kurang ilmu2 Metal masa tu..gila betul masatu..sekarang dah tak bolidah den tengok youtube yo..Ekau masih macam tu yo gayour ..Keep Thrashing ...ehem! bilo ekau nak potong gambut yang mengerbang tu?-Adik Potjr
ReplyDeleteadnanberkat
ReplyDeletekalo belaja ekau tak besungguh cari dan boli buku rujukan, tapi kalo pasal thrash metal kan main besungguh laie kau yo jang! memang patut kono ghembat an kek tiang letrik kau ni!
apopun timo kasih banyak2 la pasal minat kek kartun den dulu.
ekau adik pot jr? huh! pelukis gaya penyakit perkinson terhebat Tanah Melayu tu! syabas!
Salam Bro,
ReplyDeletekalo lukis gambo baby,harga pun samer gak ke? Maner tau oleh sebab baby tu kecik lagi maka harga pon turut kecik...har...har...har...
Hahaha!! Akhirnya!!! Lu bikin jugak servis ni!! :-D nnt gua send gambar wa... tapi mintak tolong letakkan mat tepet, Amar, Pet, & Din kat sebelah gua nnt ye bro!! \m/
ReplyDeletegiler detail arhkkk!!!
ReplyDeletesalam pagi abg gayour ... amik tempah wat mata NAT berapa RM agaknya??
N.A.T
ReplyDeletealamak! susah nak kira ni.
tak apa, encik bagi je gambo mata yang nak dilukis. bagi la yang beso sket.
nak lukis dalam hitam putih atau warna ( digital atau tradisional? )
emel gambo mata pada gua - gayouriot@gmail.com
selamat hari raya
mantoppp! Hidup brader Gayour...
ReplyDeletemacamana nak tempah dan hubungi sape dan jumpa mana..
ReplyDelete